
Debat Anwar – Shabery, mungkin dah terlalu lewat untuk diulas, tapi bagi aku, rasanya masih relevan lagi kot isi perdebatan tersebut. Melihat kecetekan hujah dari seorang Menteri Penerangan, jika itu lah cara berhujah seorang menteri yang memegang portfolio penerangan, adakah anda rasa penerangan tentang Malaysia, apa yang berlaku di Malaysia khasnya kepada orang ramai akan tersampai tanpa maksud yang tersirat. Menteri yang suka memuji diri sendiri, lihatlah sahaja dia dalam blog beliau, semua keratan akhbar atau laman web yang memuji beliau terus ditempel untuk menjadi tontonan pembaca-pembaca.
Menang kalah didalam debat tersebut tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun, itulah yang aku cakap kat kawan-kawan bila si Shabey bagi kenyataan kat pemberita dia nak letak jawatan kalau kalah dalam debat, aku cakap itu gimik dia nak cari populariti sebab dia tahu dalam debat tersebut mana ada pengadil, hanya penonton dan rakyat je yang jadi pengadil.
Mungkin mereka yang berada di kawasan Parlimen Kemaman tak akan mengundi beliau lagi, tapi bila masih ada 4 tahun lagi, pada tahun 2012 mungkin orang di Kemaman dah lupa isu kedangkalan hujah MP mereka kat TV pada tahun 2008. Lagi pun dah 2 penggal jadi MP, dah cukup rasanya kekayaan yang dikumpul beliau.
Semenjak jadi menteri penerangan ni banyak betul kenyataan yang beliau buat, nak pantau bloggers lah, nak pantau website lah, sampai siap jemput website TKO yang terkenal tu suruh daftar dengan MCMC lagi, tapi rakyat marhaen dah biasa susah, dulu nak dapat maklumat terpaksa pergi ceramah, tapi sekarang kat rumah, kat opis, malah kat kedai mamak pun latest info terus sampai mencurah-curah. Lihat saja apa yang berlaku dekat akhbar-akhbar arus perdana, sampai malam pun berlambak suratkhabar yang tak terjual. Pernah dulu akhbar-akhbar macam UTUSAN dan BERITA HARIAN buat iklan dalam TV? Sekarang macam-macam iklan dibuat, peratusan jualan semakin jatuh. Ini lah yang memeningkan kepala si Shabery sebenarnya.
Aku rasalah, perdebatan beliau dengan DSAI hari tu pun kerana terpaksa, mungkin dekat tingkat 4 Putrajaya dah sound ” Lu pegi debat atau lu kena sebat”…..
Selepas ni kita jangan mimpi lagi ada debat semacam ini, ya selagi PM dan TPM dari parti yang ada sekarang. Demokrasi Malaysia adalah demokrasi “bullshit”, setarap dengan demokrasi Zimbabwe je.

