Post Mortem Pasca Pilihanraya

2 04 2008

Post Mortem @ Bedah siasat yang di jalankan oleh UMNO @ BN sekarang banyak dilakukan oleh team yang tidak sealiran dengan PM Pak Lah. Kalau kita lihat golongan ini terdiri daripada team Dr.M.

Lihat saja apa yang berlaku di majlis post mortem UMNO seperti yang disiarkan  meluas didalam “you tube” bagaimana sesetengah pendapat, di ulangi pendapat tidak dapat di terima sebagaimana yang berlaku terhadap Sdr. Sasnizam Adham – Ketua Pemuda UMNO Cawangan Parit 8, Sekinchan. Kelihatan beliau hanya bertanyakan soalan sahaja kepada ahli panel kenapa dia dilayan sedemikian rupa, walhal di dalam forum apa sahaja bentuk soalan kecuali yang terkeluar dari tajuk, mesti di jawab atau di huraikan. Pemikiran jumud seperti ini lah yang menyebabkan orang Melayu terutamanya masih terkebelakang di dalam soal-soal politik, jika di bandingkan dengan golongan Cina yang lebih bersifat opportunist. Sikap seperti bangsa Cina ini lah yang patut ada di dalam jiwa orang Melayu jika ingin maju ke depan.

Pada pendapat saya sikap kebangsaan ini harus dikikis jika kita ingin maju ke depan, kerana jika sikap kebangsaan inilah yang di pupuk oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat, say apercaya Islam yang kita anuti sekarang ini tidak sampai ke mana, mungkin berkisar di kawasan Mekah dan Madinah sahaja. Mungkin Islam tak dapat menakluki 2/3 dunia. Mungkin kita masih di bawah pengaruh kerajaan Siam atau Jawa. Siapa dia Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayubi yang di geruni itu? Bukan kah dia dari bangsa Kurdish dan bukan berbangsa Arab? Siapa kah Imam Al-Bukhari, adakah dia berbangsa Arab? Semasa zaman kegemilangan kerajaan Islam di Baghdad, adakah hanya bangsa Arab sahaja yang mengemilangkannya? Fikirkanlah.

Oleh itu sikap kita yang melebihkan kebangsaan ini harus dikurangkan mulai sekarang, kita semua harus bersatu di bawah agama Islam, kerana Islam itu amat adil kepada semua bangsa dan agama, kerana di bawah pemerintahan Islam sahaja lah semua bangsa dan agama boleh maju ke depan. Jangan lah kita menakut-nakutkan saudara kita yang bukan Islam dengan kenyataan-kenyataan yang kita sendiri tidak faham.

 Marilah sahabat-sahabatku di dalam UMNO, marilah kita perjuangkan agama Islam yang suci ini, marilah kita tolak Assobiyyah, marilah berjuang bersama-sama parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia, tanah air yang kita cintai ini.

Mari lah kita bersatu di bawah panji Islam.

Islam untuk semua.


Actions

Information

Leave a comment

You must be logged in to post a comment.