MUZAKARAH

22 07 2008

Aku check kat kamus dewan maksud perkataan ni. Inilah yang aku dapat:

Muzakarah – Ar perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu masalah dsb;bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang sesuatu masalah dsb.”

So apa yang org duk bising sgt pasal muzakarah PAS-UMNO ni, pimpinan bukan orang tak cerdik, dia orang tau apa yang dia orang buat, lagipun muzakarah je bukan nak bergabung pun, kan. Saya percaya mereka2 yang telah pun pergi bermuzakarah dengan pihak UMNO tempohari akan mendengar nasihat pimpinan terutama dari Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden.

Kata2 TGNA yang harus dijadikan renungan:

Dibimbangi akan menjadi kera sumbang manakala di kiri kanan pula marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin UMNO. Semua penyokong PAS marah dan Pakatan Rakayat curiga telatah yang kita cipta sendiri.”

So, what the heck, org duduk bising sgt pasal isu ni? Tak payah kita buat spekulasi, hanya renungkan apa yang akan di putuskan oleh pimpinan tertinggi.





Debat

22 07 2008

Debat Anwar – Shabery, mungkin dah terlalu lewat untuk diulas, tapi bagi aku, rasanya masih relevan lagi kot isi perdebatan tersebut. Melihat kecetekan hujah dari seorang Menteri Penerangan, jika itu lah cara berhujah seorang menteri yang memegang portfolio penerangan, adakah anda rasa penerangan tentang Malaysia, apa yang berlaku di Malaysia khasnya kepada orang ramai akan tersampai tanpa maksud yang tersirat. Menteri yang suka memuji diri sendiri, lihatlah sahaja dia dalam blog beliau, semua keratan akhbar atau laman web yang memuji beliau terus ditempel untuk menjadi tontonan pembaca-pembaca.

Menang kalah didalam debat tersebut tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun, itulah yang aku cakap kat kawan-kawan bila si Shabey bagi kenyataan kat pemberita dia nak letak jawatan kalau kalah dalam debat, aku cakap itu gimik dia nak cari populariti sebab dia tahu dalam debat tersebut mana ada pengadil, hanya penonton dan rakyat je yang jadi pengadil.

Mungkin mereka yang berada di kawasan Parlimen Kemaman tak akan mengundi beliau lagi, tapi bila masih ada 4 tahun lagi,  pada tahun 2012 mungkin orang di Kemaman dah lupa isu kedangkalan hujah MP mereka kat TV pada tahun 2008.  Lagi pun dah 2 penggal jadi MP, dah cukup rasanya kekayaan yang dikumpul beliau.

Semenjak jadi menteri penerangan ni banyak betul kenyataan yang beliau buat, nak pantau bloggers lah, nak pantau website lah, sampai siap jemput website TKO yang terkenal tu suruh daftar dengan MCMC lagi, tapi rakyat marhaen dah biasa susah, dulu nak dapat maklumat terpaksa pergi ceramah, tapi sekarang kat rumah, kat opis, malah kat kedai mamak pun latest info terus sampai mencurah-curah. Lihat saja apa yang berlaku dekat akhbar-akhbar arus perdana, sampai malam pun berlambak suratkhabar yang tak terjual. Pernah dulu akhbar-akhbar macam UTUSAN dan BERITA HARIAN buat iklan dalam TV? Sekarang macam-macam iklan dibuat, peratusan jualan semakin jatuh. Ini lah yang memeningkan kepala si Shabery sebenarnya.

Aku rasalah, perdebatan beliau dengan DSAI hari tu pun kerana terpaksa, mungkin dekat tingkat 4 Putrajaya dah sound ” Lu pegi debat atau lu kena sebat”…..

Selepas ni kita jangan mimpi lagi ada debat semacam ini, ya selagi PM dan TPM dari parti yang ada sekarang. Demokrasi Malaysia adalah demokrasi “bullshit”, setarap dengan demokrasi Zimbabwe je.





Sufiah Yusof

10 04 2008

Lately we can heard either from TV, Radio, Weblog and any kind of mainstream media regarding these girl, Sufiah Yusof, and there were also many comment pro and con about unfortunate girl. Peoples are very fast in in judging the things that they don’t really know  or the don’t even know or understand the right situation. People also like to pin point onto the parents and blaming the way of the parents raised their children, and for the non-muslim that don’t really understand the way muslim raised their children in a way of islamic teaching, they can easily blamed the muslim right to raised their children in a muslim way of life.

For me if you don’t really understand something, never tried to give an opinion on the such things. Just watch and learn.

I am a parent too, I have 4 children, 2 sons and 2 daughters and the most important thing is I am a muslim, a sincere muslim. I tried to give my children the best everytime, I giving my full effort to raise them in a way that taught by Islam. Overtime I can see that some of my teaching were manipulated by them sometime, as a woking parent I can’t monitored my children 24/7. The best way I can do is to teach them there is a barrier for us as a human being. Islam has taught this more than 1400 years ago. Teach my children the punishment that they shall get for their wrong doing, teach them the limit of between men and women.

Behind us, we shall ‘ tawakkal’ to our creators, Allah s.w.t. For my non-muslim friend you may be don’t believe there is Allah as the Al-Mighty, but believe me, every creation must came from a creator even they are a human. And believe me if you create or invent something you should know how to control it.

Lastly me as a human being , created by Allah, should pray to him a lot, because we want Him to guide and to control us on the right track. I don’t think Sufiah parent asking for the bad deed,  I believe they were praying Allah a lot, and maybe Allah will grant their prayer in the other way not in the way they want to because as a creator He know what is bad and what is no, but the time will tell. If you want to know the true story about Sufiah Yusof please visit their official website, here.





Pemimpin Berhemah

3 04 2008

Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang

Tuan Guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang bersama pimpinan PAS

sedang menjamu selera selepas merasmikan HIMPIT 2007 di Rusila

Menteri Besar Perak

Menteri Besar Perak sedang menjamu selera (makan tengahari) di pejabatnya.

Selepas anda melihat dua gambar diatas, apakah perbezaan yang ketara diantara pimpinan BN dan PR.

 Bukan apa , sebenarnya saya nak cerita tentang MB baru Terengganu Darul Iman. Tadi waktu lunch saya kebetulan ke KLCC untuk ke bank CIMB sebab bayar hutang, macam biasalah. Kebetulan selepas selesai urusan, saya merayap sekejap kat tingkat yang sama dan kebetulan jugak tertengok ke butik SALVATORE FERRAGAMO, ala butik yang jual barang mahal-mahal tu, yang jual pakaian lelaki kalau tak silap butik tu ada jual neck tie, kasut kulit dan barang2 yang sewaktu dengannya, tapi yang saya pasti ‘price tag’ kat kedai tu bukan calang2 harga.

Tengah-tengah tengok (window shopping) ternampak lah oleh saya satu kelibat manusia yang amat saya kenali, ye lah sapa tak kenal kan, muka selalu keluar kat surat khabar arus perdana kebelakangan ini, siapa lagi kalau tak Datuk Ahmad Said. Bukan main sakan lagi nampak dia shopping kat kedai tu. Bersama MB Terengganu tersebut adalah 4 orang machai, macam biasalah tukang bawak shopping bag. Saya perasan sorang machai ada dok pegang sekurang-kurangnya 4 shopping bag, kalau 4 orang? Tuan-tuan kira sendiri lah… bersama beliau adalah isteri pertama beliau (Terengganu 1st Lady). Tak sempat saya nak bersalam dengan beliau, bukan apa nak ucapkan tahniah kerana perlantikan beliau sebagai MB baru.

Terfikir jugak kita kan, ingat kan Kak Rosmah saja yang suka shopping ni, rupa-rupanya ada lagi orang lain. Kalau difikirkan betul-betul duit yang dia pakai tu bukan duit kita semua? Dah shopping kat butik macam tu, lepak pulak kat Mandarin Oriental sebelah KLCC, tak kan lah nak duduk bilik single standard je kan, abis tu machai2 tadi tak kan nak duduk ka tempat lain, nanti tak selamat pulak MB. Kurang-kurang 5-6 bilik kena ambik, dah berapa dah tu, Mandarin Oriental punya “keparat” rate pun Rm280 utk bilik standard, kalau suite, agak nya berapa ye?

 Kalau menteri besar lain sibuk nak mengurangkan perbelanjaan, MB negeri kedua termiskin di Malaysia ini nampak nya buat ‘dekkkk’ je. Kalau nak ikutkan gaji MB belum dapat lagi sebab tak cukup bulan lagi, tak tau lah kot masuk akaun P****** B*****…hehehe.

Tahun ni boleh lah kita tengok Monsoon Cup lagi.





Post Mortem Pasca Pilihanraya

2 04 2008

Post Mortem @ Bedah siasat yang di jalankan oleh UMNO @ BN sekarang banyak dilakukan oleh team yang tidak sealiran dengan PM Pak Lah. Kalau kita lihat golongan ini terdiri daripada team Dr.M.

Lihat saja apa yang berlaku di majlis post mortem UMNO seperti yang disiarkan  meluas didalam “you tube” bagaimana sesetengah pendapat, di ulangi pendapat tidak dapat di terima sebagaimana yang berlaku terhadap Sdr. Sasnizam Adham – Ketua Pemuda UMNO Cawangan Parit 8, Sekinchan. Kelihatan beliau hanya bertanyakan soalan sahaja kepada ahli panel kenapa dia dilayan sedemikian rupa, walhal di dalam forum apa sahaja bentuk soalan kecuali yang terkeluar dari tajuk, mesti di jawab atau di huraikan. Pemikiran jumud seperti ini lah yang menyebabkan orang Melayu terutamanya masih terkebelakang di dalam soal-soal politik, jika di bandingkan dengan golongan Cina yang lebih bersifat opportunist. Sikap seperti bangsa Cina ini lah yang patut ada di dalam jiwa orang Melayu jika ingin maju ke depan.

Pada pendapat saya sikap kebangsaan ini harus dikikis jika kita ingin maju ke depan, kerana jika sikap kebangsaan inilah yang di pupuk oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat, say apercaya Islam yang kita anuti sekarang ini tidak sampai ke mana, mungkin berkisar di kawasan Mekah dan Madinah sahaja. Mungkin Islam tak dapat menakluki 2/3 dunia. Mungkin kita masih di bawah pengaruh kerajaan Siam atau Jawa. Siapa dia Panglima Islam, Salahuddin Al-Ayubi yang di geruni itu? Bukan kah dia dari bangsa Kurdish dan bukan berbangsa Arab? Siapa kah Imam Al-Bukhari, adakah dia berbangsa Arab? Semasa zaman kegemilangan kerajaan Islam di Baghdad, adakah hanya bangsa Arab sahaja yang mengemilangkannya? Fikirkanlah.

Oleh itu sikap kita yang melebihkan kebangsaan ini harus dikurangkan mulai sekarang, kita semua harus bersatu di bawah agama Islam, kerana Islam itu amat adil kepada semua bangsa dan agama, kerana di bawah pemerintahan Islam sahaja lah semua bangsa dan agama boleh maju ke depan. Jangan lah kita menakut-nakutkan saudara kita yang bukan Islam dengan kenyataan-kenyataan yang kita sendiri tidak faham.

 Marilah sahabat-sahabatku di dalam UMNO, marilah kita perjuangkan agama Islam yang suci ini, marilah kita tolak Assobiyyah, marilah berjuang bersama-sama parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia, tanah air yang kita cintai ini.

Mari lah kita bersatu di bawah panji Islam.

Islam untuk semua.





Pening Politik

1 04 2008

Kebelakangan ini kita lihat politik semakin pelik, terutama di Malaysia. Penipuan memang menjadi agenda utama dalam politik Malaysia. Ludah jilat balik pun kira perkara biasa dalam politik Malaysia, tengok apa yang terjadi kepada Parti Semangat 46, apa yang terjadi kepada sesetengah individu yang merupakan pucuk pimpinan dalam KeAdilan, begitu juga seorang ahli politik di Pasir Mas Kelantan.

Terbaru 23 ADUN di Terengganu, kalau kita lihat dalam lebih kurang 2 – 3 minggu yang lepas bukan main lagi mereka ini berikrar tak menyokong MB yang dipilih istana, sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan, lebih menyokong pembesar dari menyokong Raja. Sebenar nya perkara seperti ini tak sepatutnya berlaku, itu semua atas budi bicara Sultan untuk memilih Bendahara baginda, kenapa kita rakyat kebanyakan terlalu susah hati dengan pilihan baginda.

Baginda juga org yang berpelajaran tinggi dan di kelilingi oleh orang yang bukan calang-calang kelebihannya. Apakah ahli politik yang sentiasa menipu rakyat ini lebih cerdik dan terlebih bagus untuk menentukan siapa bakal bendahara.

Jangan kita menjadi Patih Kerma Wijaya, jangan kita jadi Tun Ali kelak kita mati dalam kehinaan.

Raja Adil Raja Ku Sembah, Raja Zalim Raja ku Sanggah.

Daulat Tuanku.





Hello world!

1 04 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.